Sasar tarik 70,000 pelajar luar
PETALING JAYA 2 Mac – Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berperanan penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara apabila sektor itu semakin menjadi pilihan pelajar asing.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehingga kini kolej dan universiti swasta terus mendapat perhatian dan tahun lalu sahaja, kira-kira 35,000 pelajar asing memasuki negara ini.
Menurutnya, sehubungan itu, kerajaan menyasarkan menerima kira-kira 70,000 pelajar asing pada tahun ini.
“Kolej swasta tidak perlu mengamalkan sistem kuota seperti institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini dalam aspek pengambilan pelajar asing.
“Kerajaan berharap kedatangan pelajar asing ke negara ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan malah membantu menghasilkan modal insan berkualiti tinggi seperti yang dikehendaki,” katanya.